Monday 22 April 2013

Resepi Rumpai Laut | Cencaru Bakar Sumbat Rumpai Laut

Gambar hiasan. Carian Google

Dah cuba resepi ABC rumpai laut yang saya kongsikan sebelum ini? Bagaimana rasanya? resepi untuk mempelbagaikan hidangan rumpai laut ini bergantung pada kreativiti seseorang.

Rumpai laut boleh dicampurkan dengan pelbagai hidangan. Selain daripada mencuba sesuatu yang baru, makanan anda juga akan lebih berkhasiat.

Di bawah ini saya kongsikan satu resepi cencaru bakar sumbat rumpai laut. Resepi ini saya jumpa di Facebook.

RESEPI CENCARU BAKAR SUMBAT RUMPAI LAUT ..
( Hidangan 4 org mkn )

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru besar
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 sudu besar cili kisar
10gram rumpai laut (direndam)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
Sedikit Ikan bils (ditumbuk)
Daun pandan

Cara:

1. Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.
2. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
3. Sediakan bekas. Campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.
4. Sumbatkan kesemua bahan tadi kedalam belahan belakang ikan.
5. Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.


Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini