Monday 25 March 2013

Perbezaan Rumpai Laut Hijau & Rumpai Laut Ungu


Kolagen rumpai laut hijau dan kolagen rumpai laut ungu mempunyai perbezaan dari segi penyediaan dan juga khasiat yang terdapat pada kedua-dua kolagen ini.

Hijau mempunyai bau yang lebih kuat berbanding ungu. Saiz rumpai laut ungu pula lebih kecil berbanding rumpai laut warna hijau.

Kalau hendak diikutkan, GRED AAA (UNGU) sebenarnya lebih tertumpu pada aspek kesihatan dalaman, manakala GRED AAAA(HIJAU) pula berkhasiat untuk kesihatan dalam dan kecantikkan luaran.

Ini terjadi kerana GRED AAAA (HIJAU) mempunyai kadar antioksida yang tinggi dan memberi kesan dengan lebih cepat. 

Diharap penerangan ringkas ini dapat menambah info anda mengenai khasiat kolagen rumpai laut.

Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Friday 22 March 2013

Kesan Pengambilan Kolagen Rumpai Laut Terhadap Wanita Mengandung & Menyusu



Ada pelanggan saya yang bertanya "Saya sedang hamil, bolehkah saya mengambil kolagen rumpai laut? ada apa-apa kesan tak?"

Soalan ini sangat kerap saya terima. Saya Faham, bagi wanita mengandung atau lepas bersalin, tentulah perlu menjaga pemakanan mereka.

JAWAPANNYA ialah wanita mengandung dan menyusu boleh amalkan pemgambilan kolagen rumpai laut (PMC) dan sangat-sangat digalakkan lagi mengambil PMC untuk dapatkan nutrisi tambahan sambil menyihatkan badan dan mencantikkan diri. Malahan ia akan mencantikkan kulit bayi anda. (seeloknya 4 bulan ke atas)


Ibu-ibu yang mengandung atau menyusukan mempunyai keperluan yang lebih tinggi bagi iodin sebagai mereka mesti membekalkan kedua-dua mereka sendiri dan anak-anak mereka. Linus Pauling Institute mengesyorkan 220 mcg iodin setiap hari semasa mengandung dan 290 mcg sehari semasa penyusuan. Jumlah ini mungkin berbeza bergantung kepada kesihatan anda dan kesihatan anak anda. Pembekal penjagaan kesihatan anda boleh menyediakan anda dengan cadangan tertentu.

Semoga jawapan jawapan ini menambah menghilangkan kegusaran anda untuk mengamalkan PMC.


Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Thursday 21 March 2013

Rahsia Rumpai Laut Ungu Yang Perlu Di Ketahui | Rahsia Pure Marine Collagen


Kebelakangan ini permintaan terhadapan rumpai laut ungu atau lebih dikenali dengan Pure Marine Collagen (PMC) meningkat dengan mendadak khasnya dikalangan kaum Melayu yang mula menyedari khasiat yang terdapat pada pengamalan makanan ini.

Namun bagi masyarakat kaum Cina, mengamalkan penggunaan rumpai laut dalam kehidupan seharian mereka bukanlah asing lagi. Biasanya masyarakat kaum cina menyediakannya dalam bentuk sup.

Di negara matahari terbit Jepun, rumpai laut gred AA dan A dijadikan sebagai makanan rugi mereka.

Khasiat Rumpai Laut Ungu


  • Khasiatnya setanding dengan alga spirulina dan cendawan ganoderma
  • Berkhasiat seperti sayur bayam, kubis, terung & anggur
  • Khasiatnya persis protein dan kolagen ikan merin, walit dan soya
  • Hanya dengan mengamalkan memakan rumpai laut ungu ini, tubuh badan si pengamal akan memiliki khasiat yang sama seperti memakan kesemua makanan di atas tadi.


Mengapa Rumpai Laut Ungu?

Kajian terperinci yang dijalankan oleh banyak pihak mendapati sayur-sayuran yang mempunyai warna terang seperti jingga dan ungu contohnya terung, anggur, bawang, turnip, keladi dan sebagainya memiliki kadungan VITAMIN DAN ZAT GALIAN lebih tinggi daripada sayur-sayuran berwarna hijau dan putih.

PMC MEMILIKI KUASA ANTI PENUAAN DAN ANTIOKSIDA TERTINGGI DARIPADA SEMUA JENIS SAYURAN BERWARNA UNGU LAIN


Khasiat dan Kelebihan Pure Marine Collagen (PMC)


  • Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
  • Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
  • Melancarkan kitaran darah
  • Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
  • Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
  • Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)


Cara Mengamal dan Penggunaan PMC


  • Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
  • Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
  • Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
  • Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
  • Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
  • Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng
  • Campurkan sedikit tepung gandum dan asam keping sekiranya perlu untuk hilangkan bau hanyir laut


Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen (Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)


  • Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
  • Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
  • Bersihkan muka terlebih dahulu
  • Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
  • Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
  • Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
  • Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali


Cara Membuat Minuman Dari Pure Marine Collagen


  • Campurkan 2 ke 3 sudu besar pati pure cologen yang dibuat tadi bersama jus oren.
  • Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300)
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
  • 24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
  • Boleh bertahan sehingga 3 ke 4 minggu


Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Wednesday 20 March 2013

Campurkan Kolagen Rumpai Laut Dalam Jus Oren

Rumpai laut dalam jus oren

Tahu tak yang kolagen rumpai laut ungu lebih berkesan sekiranya pengambilannya diambil sekali dengan vitamin C. Antara buah yang paling tinggi mempunyai khasiat vitamin C adalah oren.

Di rumah ini saya selalunya akan buatkan jus oren selepas itu dicampurkan dengan pati kolagen rumpai laut yang dah dimasak.

Rumpai laut dalam jus oren

Apa yang menariknya, rumpai laut yang sudah siap direbus dan menjadi pati, langsung tidak berbau hanyir laut. Campur dalam jus oren, minum seperti biasa. Sangat sedap!

Cubalah dan rasai sendiri kesannya :)

Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Monday 18 March 2013

Siapa Yang Patut Amalkan Pengambilan Pure Marine Collagen | Rumpai Laut

Ibu Kolagen Asli (Rumpai Laut Asli).. kesan yg baik utk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit lutut, merawat jerawat & resdung.. ibu mengandung, menyusu pun boleh mkn.. yg disukai.. kulit menjadi gebu, cerah.. lelaki pompuan boleh mkn.. utk kuruskan badan pun boleh.



Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini
==> eNurry Online


Forum Cari

Friday 15 March 2013

Perbezaan Rumpai Laut Mengikut Gred | Gred AA | Gred AAA | Gred AAAA

"Apakah perbezaan khasiat diantara rumpai laut kuning gred AA, rumpai laut ungu gred AAA dan rumpai laut hijau gred AAAA?"

Saya sering menerima pertanyaan begini dari pembeli-pembeli saya yang ingin mengetahui apa perbezaan rumpai laut ini mengikut gred-grednya?

Di bawah ini saya sertakan jadual perbezaan rumpai laut mengikut gred, jadual ini saya perolehi hasil perkongsian di Facebook-


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Diharap perkongsian ini membantu anda untuk memahami lebih lanjut mengenai khasiat atau fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap jenis rumpai laut. Untuk pengetahuan, saya hanya menjual rumpai laut gred AAA dan gred AAAA. Untuk gred AA, kemungkinan akan dijual pada masa akan datang.

Berminat untuk dapatkan rumpai laut ungu gred AAA atau rumpai laut hijau gred AAAA? Hubungi saya di sini. Klik link di bawah

Tuesday 12 March 2013

Kebaikan Kolagen Rumpai Laut Hijau Gred AAAA


Sebentar tadi baru sahaja saya menerima bungkusan kolagen rumpai laut hijau gred AAAA yang saya pesan tempoh hari dari pembekal saya.

Asalnya saya tidak berminat untuk memasarkan lain-lain jenis rumpai laut selain dari rumpai laut ungu gred AAA. Tetapi memandangkan adanya permintaan daripada pengguna saya untuk mencuba lain-lain gred rumpai laut, makanya saya memutuskan untuk mencuba memasarkan lain-lain gred rumpai laut.

Rumpai laut hijau mengandungi KLOROFIL yang tinggi berbanding rumpai laut ungu. Sangat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah insomnia.

 Merawat penyakit anemia, amnesia, strok, dan masalah dalam organ lain.

Lain-lain kebaikan kolagen rumpai laut hijau gred AAAA akan saya kongsikan di masa akan datang.

Harga : RM25 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Wednesday 6 March 2013

Video Penanaman Rumpai Laut Di Semporna Sabah


Video ini saya rakamkan pada 8 Feb 2013 yang lalu. kerana terlalu sibuk dengan tugas, baru hari ini saya berkelapangan untuk memuat naik video yang saya rakam dari rancangan Apa Khabar Orang Kampung di TV3.

Dalam video ini, penonton akan dapat melihat bagaimana proses penanaman rumpai laut dilakukan di Semporna, Sabah.

Apa yang dapat kita dengar dengan jelas dalam video ini ialah rumpai laut warna ungu adalah gred yang paling baik dan rumpai laut boleh disimpan berbulan lamanya malah hampir 10 tahun jika kena dengan cara penyimpanannya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kolagen rumpai laut, anda bolehlah hubungi saya di link yang saya sertakan pada bawah ini.

Terima kasih


Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Tuesday 5 March 2013

Video Nona Mei 2012 | Khasiat & Kegunaan Rumpai Laut (PMC)

Rumpai Laut ungu atau Pure Marine Collagen gred AAA pernah mendapat segmen khas dalam siaran Nona sekitar Mei 2012.

Dalam video ini penonton ditunjukkan rupa rumpai laut yang dikeringkan, cara penggunaan dan testimoni daripada mereka yang sering mengamal pengambilan rumpai laut ungu.

Sila ke Facebook eNurry Online
Untuk tempahan dan belian.

Terima Kasih