Showing posts with label resepi rumpai laut. Show all posts
Showing posts with label resepi rumpai laut. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

Resepi Fruit Cocktail Rumpai Laut

Seperti yang anda semua sedia maklum, pure marine collagen atau kolagen rumpai laut boleh dipelbagaikan hidangannya sekiranya anda seorang yang kreatif.

Sebelum ini saya pernah berkongsikan bagaimana menyediakan kolagen rumpai laut dengan segelas jus oren. Kali ini saya akan berkongsikan satu resepi fruit coctail rumpai laut yang saya jumpa dikongsi oleh salah seorang rakan saya di Facebook.



BAHAN - BAHAN

-100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM DAN DIBILAS, TOS 3-4 KALI
-1 TIN BUAHAN CAMPUR (FRUIT COCKTAIL)
-1 TIN NATA DE COCO
-1 TIN SUSU CAIR
-1 SUDU TEPUNG CASTARD
-AIR SEJUK
-AIS

Cara-caranya : 

1. Panaskan susu cair tersebut dan masukkan 1 sudu tepung custard. Kacau sehingga sebati dan pastikan api dalam keadaan yang perlahan. Tunggu sehingga mendidih.

2. Biarkan ianya sejuk dahulu, lepas tuh boleh campurkan fruit cocktail (dan airnya sekali) dan nata de coco (dan airnya sekali) serta RUMPAI LAUT.. 

3. Untuk lebih sedap, masukkan ais.

Selamat mencuba!


Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Monday, 22 April 2013

Resepi Rumpai Laut | Cencaru Bakar Sumbat Rumpai Laut

Gambar hiasan. Carian Google

Dah cuba resepi ABC rumpai laut yang saya kongsikan sebelum ini? Bagaimana rasanya? resepi untuk mempelbagaikan hidangan rumpai laut ini bergantung pada kreativiti seseorang.

Rumpai laut boleh dicampurkan dengan pelbagai hidangan. Selain daripada mencuba sesuatu yang baru, makanan anda juga akan lebih berkhasiat.

Di bawah ini saya kongsikan satu resepi cencaru bakar sumbat rumpai laut. Resepi ini saya jumpa di Facebook.

RESEPI CENCARU BAKAR SUMBAT RUMPAI LAUT ..
( Hidangan 4 org mkn )

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru besar
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 sudu besar cili kisar
10gram rumpai laut (direndam)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
Sedikit Ikan bils (ditumbuk)
Daun pandan

Cara:

1. Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.
2. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
3. Sediakan bekas. Campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.
4. Sumbatkan kesemua bahan tadi kedalam belahan belakang ikan.
5. Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.


Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Tuesday, 16 April 2013

Resepi Rumpai Laut | ABC Kolagen Rumpai Laut

Resepi Air Batu Campur (ABC) Kolagen Rumpai Laut. Menu yang sangat mudah untuk dicuba. Selain sedap, dah tentu-tentu ada khasiat ABC ni-

Gambar hiasan

BAHAN - BAHANNYA : -
1. Susu kental manis putih / coklat
2. air putih
3. ais batu
4. Sirap sesuai selera
5. Buah-buahan yang anda suka
6. Cincau hitam dipotong kecil-kecil untuk menambah kesegaran
7. Selasih
8. Nata de coco / sari kelapa
9. Rumpai laut (50gram untuk hidangan 2-3 Orang)yang telah direndam semalaman.

CARANYA PENYEDIAAN
Cara membuat ais campur secara berperingkat:

Pertama, siapkan tempat (mangkuk besar) untuk membuat kuah ais campur. Kenapa harus kuahnya dulu? Agar nanti sewaktu mengaul, bahan-bahan seperti buah-buahan tidak hancur. Siapkan Susu dan sirap secukupnya, kemudian dicampur dengan air putih. Gaul hingga rata. Apabila kurang manis, boleh ditambah sirapnya lagi.

Kedua, Masukkan bahan-bahan ais campur ke dalam kuah ais campur yang telah disiapkan. Anda boleh menambah atau mengurangkan bahan-bahan ais campur sesuai selera. Untuk menambah kesegaran, anda boleh tambah cincau hitam atau rumpai laut.

Ketiga, masukkan ais batu ke dalam ais campur. Tuangkan susu lagi keatas ais yang sudah di kisar agar terlihat cantik. Anda juga boleh menukar ais batu dengan ais cream sesuai selera anda. Sudah Siap ais batu campur (ABC) anda.

Sumber dari Facebook

Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Wednesday, 20 March 2013

Campurkan Kolagen Rumpai Laut Dalam Jus Oren

Rumpai laut dalam jus oren

Tahu tak yang kolagen rumpai laut ungu lebih berkesan sekiranya pengambilannya diambil sekali dengan vitamin C. Antara buah yang paling tinggi mempunyai khasiat vitamin C adalah oren.

Di rumah ini saya selalunya akan buatkan jus oren selepas itu dicampurkan dengan pati kolagen rumpai laut yang dah dimasak.

Rumpai laut dalam jus oren

Apa yang menariknya, rumpai laut yang sudah siap direbus dan menjadi pati, langsung tidak berbau hanyir laut. Campur dalam jus oren, minum seperti biasa. Sangat sedap!

Cubalah dan rasai sendiri kesannya :)

Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini