Showing posts with label pure marine collagen. Show all posts
Showing posts with label pure marine collagen. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

Kebaikan Pure Marine Collagen | Rumpai Laut



Pure Marine Collagen mempunyai khasiat yang setanding dengan sarang burung. Kelebihan rumpai laut atau pure marine collagen ialah harganya yang jauh lebih rendah (murah) berbanding dengan makanan khasiat lain yang berada dalam kelas yang sama.

Di bawah adalah kebaikan rumpai laut atau pure marine collagen-
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (awet muda)
  • Membantu menurunkan kolestrol & tekanan darah tinggi.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu merawat penyakit gout, anemia & gastrik
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Mencegah kanser
  • Memulihara sel-sel kulit mati (mengurangkan jerawat).
  • Menpercepatkan penyembuhan luka.
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas (detox)
  • Melancarkan sistem metabolisme.
  • Memulihara usus kecil (melawas)
Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Friday, 19 April 2013

Cara Penyediaan Pure Marine Collagen | Rumpai Laut


CARA PENYEDIAAN rumpai laut Pure Marine Collagen (PMC)


Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan. Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2.5 liter air selama 15-20 minit. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan.


Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini
==> eNurry Online


- Forum Cari

Saturday, 6 April 2013

Rumpai Laut | Pure Marine Collagen | Kolagen Asli Turunkan Berat Badan


Ada yang bertanya jika amalkan pengambilan rumpai laut atau pure marine collagen dalam pemakanan sehari-harian, bolehkah berat badan turun?



Gambarajah diatas menyatakan bahawa pengambilan PURE MARINE COLLAGEN adalah 5 bintang berbanding 1 1/2 bintang untuk peratus kenaikan berat badan. Ini kerana PURE MARINE COLLAGEN bertindak sebagai fiber dan protein , dimana anda akan rasa kenyang selepas pengambilan bahan tersebut.

      Bagi yang takut mengalami GASTRIK selepas makan PURE MARINE COLLAGEN , jagan risau dan jangan takut sebab PURE MARINE COLLAGEN  juga bertindak sebagi pelapik dalam perut anda dan memperbaiki lapisan-lapisan dalam perut anda . Maka dengan ini , PURE MARINE COLLAGEN bukan sahaja mampu menurunkan berat badan anda malahan ia menghindarkan anda daripada mengalami GASTRIK.

Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

- Sumber : Forum Cari

Wednesday, 3 April 2013

Flyers Rumpai Laut Ungu Gree AAA | Pure Marine Collagen

Gambar Carian Google

Setelah saya sendiri mengamal pegambilan kolagen rumpai laut, dalam masa yang singkat memang terasa kesan-kesan baiknya seperti kulit muka semakin menegang dan kurangnya rasa lapar.

Berminat untuk mendapatkan kolagen rumpai laut? Hubungi saya segera. Harga dan perkhidmatan terbaik saya janjikan untuk anda :)

Harga : RM15/100gram (gred AA & AAA) dan RM20/100gram (gred AAAA),
penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Thursday, 21 March 2013

Rahsia Rumpai Laut Ungu Yang Perlu Di Ketahui | Rahsia Pure Marine Collagen


Kebelakangan ini permintaan terhadapan rumpai laut ungu atau lebih dikenali dengan Pure Marine Collagen (PMC) meningkat dengan mendadak khasnya dikalangan kaum Melayu yang mula menyedari khasiat yang terdapat pada pengamalan makanan ini.

Namun bagi masyarakat kaum Cina, mengamalkan penggunaan rumpai laut dalam kehidupan seharian mereka bukanlah asing lagi. Biasanya masyarakat kaum cina menyediakannya dalam bentuk sup.

Di negara matahari terbit Jepun, rumpai laut gred AA dan A dijadikan sebagai makanan rugi mereka.

Khasiat Rumpai Laut Ungu


  • Khasiatnya setanding dengan alga spirulina dan cendawan ganoderma
  • Berkhasiat seperti sayur bayam, kubis, terung & anggur
  • Khasiatnya persis protein dan kolagen ikan merin, walit dan soya
  • Hanya dengan mengamalkan memakan rumpai laut ungu ini, tubuh badan si pengamal akan memiliki khasiat yang sama seperti memakan kesemua makanan di atas tadi.


Mengapa Rumpai Laut Ungu?

Kajian terperinci yang dijalankan oleh banyak pihak mendapati sayur-sayuran yang mempunyai warna terang seperti jingga dan ungu contohnya terung, anggur, bawang, turnip, keladi dan sebagainya memiliki kadungan VITAMIN DAN ZAT GALIAN lebih tinggi daripada sayur-sayuran berwarna hijau dan putih.

PMC MEMILIKI KUASA ANTI PENUAAN DAN ANTIOKSIDA TERTINGGI DARIPADA SEMUA JENIS SAYURAN BERWARNA UNGU LAIN


Khasiat dan Kelebihan Pure Marine Collagen (PMC)


  • Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
  • Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
  • Melancarkan kitaran darah
  • Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
  • Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
  • Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)


Cara Mengamal dan Penggunaan PMC


  • Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
  • Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
  • Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
  • Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
  • Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
  • Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng
  • Campurkan sedikit tepung gandum dan asam keping sekiranya perlu untuk hilangkan bau hanyir laut


Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen (Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)


  • Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
  • Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
  • Bersihkan muka terlebih dahulu
  • Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
  • Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
  • Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
  • Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali


Cara Membuat Minuman Dari Pure Marine Collagen


  • Campurkan 2 ke 3 sudu besar pati pure cologen yang dibuat tadi bersama jus oren.
  • Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300)
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
  • 24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
  • Boleh bertahan sehingga 3 ke 4 minggu


Harga : RM15 Per 100 gram, penghantaran percuma ke semenanjung
Untuk belian pukal 1kg, 2kg, 3kg dan ke atas, hubungi di sini

Friday, 15 March 2013

Perbezaan Rumpai Laut Mengikut Gred | Gred AA | Gred AAA | Gred AAAA

"Apakah perbezaan khasiat diantara rumpai laut kuning gred AA, rumpai laut ungu gred AAA dan rumpai laut hijau gred AAAA?"

Saya sering menerima pertanyaan begini dari pembeli-pembeli saya yang ingin mengetahui apa perbezaan rumpai laut ini mengikut gred-grednya?

Di bawah ini saya sertakan jadual perbezaan rumpai laut mengikut gred, jadual ini saya perolehi hasil perkongsian di Facebook-


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Diharap perkongsian ini membantu anda untuk memahami lebih lanjut mengenai khasiat atau fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap jenis rumpai laut. Untuk pengetahuan, saya hanya menjual rumpai laut gred AAA dan gred AAAA. Untuk gred AA, kemungkinan akan dijual pada masa akan datang.

Berminat untuk dapatkan rumpai laut ungu gred AAA atau rumpai laut hijau gred AAAA? Hubungi saya di sini. Klik link di bawah

Tuesday, 5 March 2013

Video Nona Mei 2012 | Khasiat & Kegunaan Rumpai Laut (PMC)

Rumpai Laut ungu atau Pure Marine Collagen gred AAA pernah mendapat segmen khas dalam siaran Nona sekitar Mei 2012.

Dalam video ini penonton ditunjukkan rupa rumpai laut yang dikeringkan, cara penggunaan dan testimoni daripada mereka yang sering mengamal pengambilan rumpai laut ungu.

Sila ke Facebook eNurry Online
Untuk tempahan dan belian.

Terima Kasih